Kebahagiaan akhirat merupakan kekekalan yang tidak bertepi,
Kenikmatan tanpa kesengsaraan,
Kebahagiaan tanpa kesedihan,
Kecukupan tanpa kekurangan,
Kesempurnaan tanpa kecacatan,
Kemuliaan tanpa kehinaan.
Kebahagiaan akhirat tidak pernah berkurang,
Tidak dipengaruhi masa dan zaman,
Bahkan,
Seandainya dunia ini dipenuhi mutiara,
Maka berkurang ia jika disambar burung satu persatu selama seribu tahun,
Sementara kekekalan yang sejati,
Tidak berkurang oleh keberadaannya.
Ayoo kita mengejar kehidupan akhirat yang kelak lebih membahagiakan, insya-ALLAH didalam syurga yang kekal abadi. Sedangkan cintakan mati itu lebih mulia daripada idamkan kehidupan sempurna didunia. Kesusahan dan kesenangan merupakan ujian dariNYA yang melambangkan kasih dan sayangNYA yang tidak pernah berbelah bahagi terhadap hambaNYA. Lebih indah lagi akhirat sana sekiranya ganjaran syurga yang hakiki, tambahan pula dengan dunia yang dihiasi dengan seruan syiar Islam yang harmoni. Kan lebih indah..Mampukah umat Islam mengecapi kegemilangan dahulu kala? YA! BOLEH jika diusahakan. Jika itu yang dinawaitukan.
Surah Al-Anbiyaa' : 35
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan kebsusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan kebsusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan.
Waallahua'alam~~(@)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar